Mencari Redha Ilahi


30 Jun 2010

Marketing

Petua untuk membuat marketing adalah terangkan sebaik mungkin mengenai kebaikan atau kegunaan produk itu. Jika orang atau anda membeli sesuatu produk anda sebanarnya bukan membeli produk tersebut, tetapi anda membeli kelebihan atau kebaikan produk tersebut. Sumber : Rozilawati Johari( mailto:rozilawatij@gmail.com )

28 Jun 2010

Anak baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat anak baru lagi, perempuan. Berita gembira sangat-sangat. Syukur kepada Allah SWT.

Anak abang, Mohd Fathi Yassir. semalam dilahirkan. Anak abangpun, anak saya juga. Alhamdulillah. Semoga dia menjadi anak yang solehah, insya Allah.

Ini cucu yang ke-9 bagi mak dan abah. Alhamdulillah. ramai tu.

Wallahhua'lam.

Wassalam.

27 Jun 2010

Kaya

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :
"Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu." - Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah SWT :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( Surah At-Talaq : 2-3 )

Taqwa dan Tawakal kepada Allah SWT

Kaedah

1 ) Kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakal kepada Allah SWT

2 ) Solat dikerjakan

3 ) Doa kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki yang halal, berkat serta berterusan

4 ) Amalan kerja dan sedekah jariah ikhlas kerana Allah SWT dibuat berterusan

5 ) Qanaah atau kaya jiwa ( merasakan cukup dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT )

6 ) Perniagaan, kerana 9 / 10 rezeki adalah daripada bisnes ( Kaya RM$$$$$$$... Hi, Mata Duitan betullah !!!, Kaya hehehe.... ) tapi ikut Nabi Muhammad SAW. Kalau tak kaya, macammana nak bagi zakat?

7 ) Tujuan menghafaz ayat dan menampal pelekat doa ini hanyalah sebagai kaedah agar kita selalu ingat untuk bertaqwa serta bertawakal kepada Allah SWT.

Wallahua'alam.

Novel

Pernulisan novel ? Sememangnya itulah cita-cita saya sejak dari mula saya menceburkan diri dalam bidang pernulisan pada 1998. Saya bermula dengan pernulisan sajak selepas memenangi Anugerah Khas di dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Hari AIDS Sedunia peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah. Itulah kenangan manis sewaktu sekolah kerana saya belajar aliran sains tulen. Alhamdulillah.

Lenggok bahasa yang saya gunakan setiap kali menulis sememangnya cantik dan sedap apabila dibaca. Ini diakui oleh ramai pembaca emel saya dan juga blog ini. Penjanaan idea juga kreatif dan menarik.

Cuma satu sahaja kelemahannya, saya tak pandai memanjangkan isi cerita. Ini mungkin disebabkan masih terikut-ikut dengan pernulisan sajak. Bagaimana nak mengatasi masalah tersebut?

Saya bercita-cita untuk menulis novel Islam, insya Allah suatu masa nanti tentang kehidupan saya. Kisah motivasi. Kecintaan saya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, saya mendapat kebahagiaan tersebut. Kasih sayang Allah SWT terhadap saya terlalu agung dan tak ternilai harganya biarpun saya cuma OKU yang tiada apapun. Cacat, dipandang rendah, dihina, dan dibuang, dibenci manusia. Namun, Rahmat Allah kepada saya amat tinggi nilainya 

Alhamdulillah, saya menemui ketenangan hati dan rasa berTuhankan Allah SWT setiap detik. Dia tetap ada, tidak berpisah walau sesaatpun. Alhamdulillah. Allah sentiasa bersama. Mintalah kepada Dia kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Menyayangi setiap hambaNya yang dekat kepadaNya. Seandainya perkara tersebut baik untuk kita, insya Allah, Dia pasti akan menunaikannya cuma perlukan kesabaran dan teruskan usaha. Namun, seandainya perkara itu tidak baik untuk kita, pasti ada ganti yang lebih baik. Itu janjiNya buat kita.

Kalau minta dengan orang, belum tentu orang nak bagi tau. Kedekut betullah orang ni kan,kan,kan. hehehe. Betul tak?

Wallahu’alam.

24 Jun 2010

Apa ada pada nama ?

Norfazihah Hani

Nur : Cahaya ( Nama yang berkaitan )

Nazihah : Bersih dari noda, honest ( Nama yang berkaitan )

Hani : Kegembiraan, happy, delighted, content

Semoga orangnya sebaik nama yang dipilih, insya Allah.

Sumber : http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan

Bukan Kerna Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan

Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
( korus )

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie (Mohamad Bakri Johari)

23 Jun 2010

Soalan

Bagaimana mencari kefahaman apabila kita belajar? Kadang-kadang saya faham apa yang saya belajar tu, tapi nak ingat kembali dalam bentuk teori ilmu itu yang sukar.

Contohnya saya tahu mengenai hadis tapi saya tak ingat siapa yang meriwayatkanya. jenguh juga nak mencari kembali buku tu.

Harap boleh membantu, insya Allah
Jawapan

Kenapa kita susah nak ingat walaupun kita faham...ini berpunca kerana
1 ) amalan kita (tidak kuat beribadat kepada Allah)

2 ) tumpuan kurang

3 ) tidak selalu gunakan hadis itu, dan juga

4 ) pemakanan kita.

Contoh-contoh boleh diambil dari sahabat-sahabat Nabi yang kuat menghafal.

Sumber : Mohamad Hafiz Ng ( http://www.hafizng.com/hafizng/ )

22 Jun 2010

Terima Kasih, Ya Allah

Motivasi diri

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mencipta manusia dalam sebaik-baik ciptaan.” At Tin : 4

Terima kasih...................

Adalah pelik seandainya setelah menerima sesuatu barang, kita tidak mengucapkan terima kasih kepada si pemberi.

Tanda kita berterima kasih kepada Allah SWT kerana mencipta kita dalam sebaik-baik kejadian adalah solat, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ar Rahman, Ar Rahim.

Terima kasih, Ya Allah.

Jaga solat. Jaga Allah SWT, Allah SWT pasti jaga kita.

Wallahhu’alam

21 Jun 2010

Doa Istimewa Untuk Mak Dan Abah

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.
Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya". (HR Muslim)

20 Jun 2010

Selamat Hari Abah

Assalamualaikum

Norfazihah Hani mengucapkan selamat hari abah buat Abah tersayang Haji Abnol Kassim, Bapa mertua Omar, Abang Mohd Noor Faizal, Abang Mohd Fathi Yassir, Adik ipar Mohd Saiful dan juga seluruh bapa di dunia ini, sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada.

Al Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita.

Salam Kasih Sayang

Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

16 Jun 2010

Ayat-ayat Cinta

“Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Al Imran 31

Doa agar dipercepatkan jodoh dan mudah disayangi oleh makhlukNya, insya Allah.

Buktikan kecintaanmu kepada Allah SWT, insya Allah pasti Allah SWT buka pintu hati setiap makhlukNya untuk mencintai kita. Ikut segala perintah Allah SWT, tinggalkan laranganNya. Amal maaruf, nahi mungkar.

Wallahu'alam.

13 Jun 2010

Ciri-ciri Lelaki Yang Disukai Wanita

1) Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki.


2) Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

3) Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

4) Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

5) Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

6) Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

7) Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak selekeh.

8) Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu diberitahu.

9) Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

10) Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

11) Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

12) Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

13) Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

14) Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

15) Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu sekarang. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

16) Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya
 
Nikahkahwin.com

09 Jun 2010

Jihad Si Penggunting Rambut ?

Jihad Fisabilillah ?
Jihad Ekonomi ?
Jihad Si Penggunting Rambut ?
Bagaimana hendak memulakan bicara, ya?
Hmmmmm

Satu soalan untuk ditujukan kepada semua Muslimah termasuklah diri saya semdiri.
Anda menggunting rambut di mana?


Untuk para suami solehin, anda membenarkan isteri dan anak-anak anda menggunting rambut di mana ya?

Di rumah, Alhamdulillah.

Di Salon Kecantikan milik wanita Islam? Tapi, .......

Berapa sangatlah Salon Kecantikan milik wanita Islam yang ada perkhidmatan menggunting rambut?

Hmmmm tiada pilihan. Kasihan kepada diri saya sendiri dan anda juga.

Di kedai mamak? Ini dah parah dah ni.............

Di salon rambut milik wanita bukan Islam?

Tidakkah anda tahu aurat wanita kesayangan anda itu di hadapan wanita bukan Islam adalah sama seperti aurat di hadapan lelaki bukan mahram?

Hmmmm, fikir-fikirkanlah. Jihad Fisabillillah. Tak perlu jual barang, Cuma jual perkhidmatan dan kemahiran. Menggunting Rambut.

Kalaulah saya bukan OKU, memang dah lama saya buat bisnes ni.

Boleh kaya tau. Pahalapun dapat, banyak.. Millionare.......

Lumayan, sememangnya berbaloi. Perlaburan di dunia dan di akhirat, Insya Allah.

Saya mencabar anda wahai saudara-saudara seMusllimah yang saya sayang sangat-sangat.

Buktikan, Jihad Fisabillillah. Jihad Si Penggunting Rambut. Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat, insya Allah.

Wallahualam.

08 Jun 2010

Tips nak buka Yahoo Mail.apablia 'jam'

Memang diakui kadang-kadang kita mengalami masalah nak buka yahoo mail.

Mungkin cara ini agak lambat tapi insya Allah, ia membantu apabila sistem 'jam'

Untuk mengatasi masalah ini

1. Taipkan www.yahoo.com/80

2. Lepas tu ia akan ke yahoo! online service's.

3. Cari dan klik pada mail yang ada kat tempat tu. kat atas tu pun ada. merata ada.

Semoga berjaya.

Wallahhualam.

06 Jun 2010

Media Control & Kisah 12 Wirawan Negara

Media Control & Kisah 12 Wirawan Negara

Saudara Baru

Saya mempunyai 2 orang sahabat mualaf ( saudara baru Islam ). Alhamdulillah,. Seorang Hamba Allah dah terputus hubungan, tetapi saya tetap sayangkan persahabatan ini. Insya Allah. Alhamdulillah, kedua-duanya baik. Sebagai seorang Islam, saya cukup menghormati keperibadian mereka sebagai Muslim. Kesungguhan mereka belajar tentang Islam memberikan saya inspirasi untuk saya terus belajar dan mengamalkan Islam yang sebenarnya, insya Allah.
Semoga mereka kekal di dalam Islam sehingga ke akhir hayat, Insya Allah.

Wallahhua'alam.

Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

http://feryco.com/sifat-sifat-terkutuk-yahudi

Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris
Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.
Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

03 Jun 2010

Alasan Tebaik Untuk Tak Nak Kahwin

Apa alasan terbaik untuk diberikan kepada lelaki kalau tak nak kahwin? Ramai hamba Allah ketawakan saya apabila saya cakap saya belum bersedia untuk berkahwin. Entahlah, tapi mereka tak tahu saya dan keluarga menderita setelah saya berkahwin dulu. Ada Hamba Allah cakap kalau saya anak dara, bolehlah cakap macam tu. Ya Allah, malunya. Dah tu saya nak bagi alasan apa lagi?

Sekarang ni, kalau orang masuk meminang, senang cerita pilih. Memang saya ni pemilihpun. Apa salahnya bila saya memilih? Tak salahkan, OK apa? Janda dah bebas memilih. Kalau dulu semasa anak dara, saya disuruh untuk kahwin. Saya kahwin kerana mak dan abah suruh saya kahwin, bukannya betul-betul nak kahwin. Sebab saya buat solat istikharah dan doa seperti doa kat awal blog ini, saya dah dapat petunjuk. Jiwa saya resah, gelisah. Sekejap nak, sekejap tak nak. Dah tu macam mana?

Sekarang saya bebas untuk meletakkan syarat perkahwinan. Alhamdulillah.
Calon suami saya mesti mempunyai ciri ciri seperti berikut

1. Jaga hubungan dengan Allah SWT
2. Jaga hubungan dengan semua manusia
3. Jaga hubungan dengan alam sekitar
4. Boleh membimbing agama, membimbing al qur'an
5. Sama hobi dengan saya. Hobi saya dengar kuliah Agama Islam, membaca, menulis
6. Menyayangi saya seadanya
7. Kaya ilmu, kasih sayang, kelembutan
8. Banyak duit sebab nak pergi buat ibadah di Mekah dan boleh beramal jariah, untuk bekalan di kubur
9. Boleh memasak sebab saya tak boleh memasak atas dasar keselamatan
10. Boleh memandu kereta, ada kereta dan lesen yang sah
11. Warganegara Malaysia

Hahahaha, adakah orang yang macam ni? Insya Allah saya tunggu dia datang. Tapi dia mesti menempuh satui lagi cabaran, mak dan abah saya.  Banyak pengorbanan yang dia wajib lakukan. Pengorbanan dibayar di akhirat, Insya Allah kalau betul-betul niatnya ikhlas kerana Allah SWT

Berani tak? Ubat hati saya dulu.

Ya Allah, Engkau dah menguji hambaMu dengan pelbagai dugaan. Ya Allah, kurniakan kepada hambaMu yang lemah ini jalan keluar bagi masalah ini.

Amin Ya Rabbal Allamin.

Penceraian, ini tanda kasihnya Allah SWT kepada saya. Sebenarnya saya lebih suka solo tapi terfikir juga kalau mak dengan abah dah takde nanti., saya nak tinggal dengan siapa? Abang dan adik, mereka ada keluarga sendiri.

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Wallahhua'lam.

02 Jun 2010

Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3718

Tahniah SMKTK

Hari ini, baca surat khabar Berita Harian bertarikh 3 Jun 2010 dengan artikel bertajuk “ Pelajar, guru SMKTK ke Norway” untuk persidangan alam sekitar global.

Saya berbangga dengan mereka kerana dipilih untuk ke program ini. Saya juga selalu mengikuti aktiviti mereka di laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, sebab sekolah ini merupakan sekolah saya. Sekurang-kurangnya terubat kerinduan kepada tempat kelahiran saya.

Walaupun sekarang saya berada di Bandaraya Ipoh, Perak. Saya tetap ingat asal-usul saya. Saya cuma anak Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil jauh di pendalaman. Kedah Darul Aman.

http://smkteloikanan.com/

Wallahhu'alam.

01 Jun 2010

Kebingungan

Adakah ini balasan Allah SWT kepada saya? Sebelum saya diberikan Allah SWT, pinjaman perkahwinan. Saya juga seperti orang lain. Berderet-deret kawan lelaki. Ada yang OK, Ada tak OK.Walaubagaimanpun saya tetap jaga diri. Jual Mahal. Sebab saya sayangkan mak, abah dan keluarga saya.

Imej bertudung labuh macam ustazah semasa sekolah. Tapi boyfriend berderet-deret. Itu kenangan sewaktu sekolah, tak boleh nak diubah dah. Biarkan berlalu.

Budaya "couple" sebelum berkahwin, saya tak sokong langsung. Pengalaman bercinta sebelum berkahwin tak best macam pengalaman bercinta lepas kahwin. Selepas berkahwin, walaupun tanggungjawab besar tetapi nikmat yang Allah SWT kurniakan lebih besar. Alhamdulillah,saya dapat nikmat tersebut meskipun ia cuma pinjaman sementara daripada Alllah SWT. Seronok tau. Hehehe.

Memanglah kita boleh memberi alasan pandai jaga diri, tapi syaitan lebih tahu apa kelemahan kita yang seringkali kita terlepas pandang.

Rezeki Allah SWT dah janjikan sejak azali lagi, apa nak takut. Utamakan Agama Islam dalam permilihan calon suami isteri. Tapi jangan dirayu kepada yang tak sudi, kelak merana badan. Doa dan solat sunat istikharah. Kalau Allah SWT kekalkan sebagai suami isteri, doa agar diberikan kelembutan kasih sayangNya di dunia dan akhirat. Seandainya dia cuma pinjaman Allah SWT buat kita, minta supaya dipisahkan dalam hubungan persahabatan dan persaudaraaan Islam dengan ketenangan. Insya Allah, tenang hati. Kalau dapat, OK. Kalau tak dapatpun OK. Apa yang kita nak, hati yang tenang. Betul tak?

Saya, adakah orang yang hendak?

Oh, tidak. Belum sampai masanya. Saya belum bersedia untuk berkahwin. Sesiapa yang nak kahwin dengan
saya perlukan kesabaran yang tinggi. Boleh jadi pembimbing dalam keluarga.

Walauapapun, yang baik itu daripada Allah SWT. Yang buruk itu kelemahan diri saya. Ada komen? Silakan.


Wallahhu'alam.

Dengan Rahmat dan kasih sayangMu kami bermohon

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Sahabat-sahabatku,

Mari kita bersama-sama kita doakan dari kejauhan di Malaysia untuk keamanan dan keselamatan umat Islam di Palestin.

Al Fatihah untuk mereka semua.

Ya Allah, hanya kepadaMu tempat kami mengadu. Ya Allah, kami cuma hambaMu yang lemah. Sedangkan Engkau Maha Gagah. Ya Allah, bantulah kami menghadapi segala ujianMu dengan keimanan yang teguh kepadaMu.

Ya Allah, Engkau Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Selamatkan umat Islam di tanah suciMu, Baitulmaqdis. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. Ya Allah, Satukanlah hati kami untuk bersama menyelamatkan mereka. Ya Allah, hanya kepadaMu tempat kami bergantung.

Ya, Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat dengan rahmat dan kasih sayangMu. Ya, Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahhualaiwassalam.

Amin Ya Rabbal Al lamin.