Mencari Redha Ilahi


24 Disember 2023

CABARAN ORANG YANG KITA SAYANG

 Walaupun orang yang engkau paling sayang, akan ada buruknya terhadap diri sendiri


Semalam berkongsi tentang surah Al-falaq. Saya termenung panjang fikirkan mengenai ayat 2 daripada surah ini:


Al-Falaq 113:1

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ


Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,


Al-Falaq 113:2

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ


"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;


Kita kena akui bahawa tidak ada makhluk ciptaan Allah yang akan sepenuhnya mendatangkan kebaikan kepada kita dan begitu jugak sebaliknya


sejauh mana kita sayang seseorang,  kita juga ada potensi untuk mendatangkan keburukan kepada orang yang kita sayang


Apabila expectation melihat makhluk Allah itu sempurna dan tidak akan mendatangkan mudarat kepada kita, itulah yang akan menyebabkan kita lebih rasa kecewa


Allah nak kita acknowledge yang selagi bergelar makhluk mesti akan ada sisi dan potensi seseorang itu akan datangkan mudarat dalam hidup kita yang mempunyai tujuan hidup untukNya


Mudarat dan kejahatan itu dari sudut apa? Bukanlah sekadar mudarat fizikal dan emosi kehidupan tetapi mudarat kehidupan bertuhan seperti yang dipasakkan dalam surah sebelumnya, surah Al-Ikhlas


Dari situ kita akan sedar dan jelas penting untuk melakukan dua perkara:


1. Mohon perlindungan sungguh-sungguh kepada Allah daripada sisi kejahatan makhluk ciptaanNya yang bukan dalam kawalan kita dan akan kena kepada kita terutama daripada mereka yang dekat dalam kehidupan kita


2. Sedar yang kita ini pun makhluk Allah dan juga berpotensi memberi mudarat kepada orang di sekeliling kita supaya jauh daripada tujuan kehidupan mereka mengabdikan diri pada Allah dan menjadi khalifahNya.


Somehow, saya lebih hargai dan bersungguh dalam membaca surah ini apabila melihat dari sisi ini dan harapnya kalian juga begitu😇


Boleh topup dengan amalkan dan hayati bacaan sayyidul isitghfar sebab kita ada mention yang kita mohon perlindungan daripada kejahatan yang kita sendiri lakukan.


Bismillah Jalan✨

THIB NABAWI

 APA SEBENARNYA THIB NABAWI?

.

Melihat kepada berapa ayat al-Quran dan hadis2 Nabi SAW tentang penyakit dan pengubatan, saya simpulkan thib nabawi sebagaimana berikut;

.

1. Makan makanan yang berkualiti,

2. Makan dengan sederhana (maksima; 1/3 perut),

3. Miliki fizikal yang sederhana sebagaimana Nabi SAW (tidak gemuk dan tidak terlalu kurus).

4. Bila sakit, bertemulah tobib/doctor yang mahir dan gunakan ubat/penawar yang sesuai, termasuk dari al-Quran dan zikir/doa syifak dari Nabi SAW.

.

Melihat secara keseluruhan, thib nabawi lebih menyerupai thib wiqaie (pencegahan) dari thib ilaji (rawatan).

.

Asas thib nabawi adalah ayat berikut;

.

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (al-A'raf, ayat 31).

PEMUDA KAHFI Hijrah, rahmat dan boikot

 Pemuda Kahfi, hijrah, rahmat & boi kot. 

__________________


Dalam Islam, kita memang ada konsep HIJRAH. 


Saya tahu kisah realiti beberapa orang pekerja bank yang gaji 5-6 digit tapi letak jawatan atas kesedaran. Bila belajar Quran, tersedar bersekongkol dengan riba, lalu memilih hijrah dengan tinggalkan kerja yang gaji lumayan. 


Saya juga kenal manusia yang memilih berhenti kerja tatkala majikannya meminta dirinya memakai tudung singkat serta menyarung pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan. 


Ada juga yang meletak jawatan kerana sistem kerjanya memaksa dia melewat-lewatkan solat kerana terlalu sibuk melayan pelanggan. Majikan pula tak "block" waktu solat untuk para pekerja. 


Itulah hijrah. 

Konsep ini sudah wujud sebelum tujuh oktober 2023. Bukan perkara baru. 


Isu boi kot barangan IsNotReal ini sebenarnya juga tentang hijrah. 


Kalangan pelanggan, sejauh mana sanggup hijrah memilih barangan alternatif. 

Kalangan pekerja, sejauh mana sanggup hijrah cari pekerjaan lain.

Kalangan majikan atau pemilik syarikat yang menyumbang pada dana israhell, sejauh mana sanggup hijrah untuk tukar bisnes.


Sungguh, tidak mudah.


Siapa kata mudah?


Memang hijrah tak pernah mudah. Tetapi ganjarannya juga lumayan di sisiNya. 


Seperti pemuda Kahfi yang sanggup tinggalkan segala-galanya demi Iman. 


Seperti Nabi Muhammad saw & para sahabat yang berhijrah dengan meninggalkan rumah & harta untuk ke Madinah tatkala diperintahkan. 


Meskipun hijrah dengan mata kasar terlihat sangat merugikan. 


Tapi itulah asbab meraih RAHMAT Allah.

Itulah ciri manusia yang mengharapkan rahmat Allah. 


=====

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أُوْلَٰٓئِكَ يَرۡجُونَ رَحۡمَتَ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[Surah Al-Baqarah: 218]

=====


Iman.

Hijrah.

Jihad.


Itulah syarat untuk dilihat sebagai hamba yang mengharap rahmatNya. 


Apakah Allah SWT mengotakan janjiNya tatkala pemuda Kahfi berhijrah lalu mengharapkan rahmat?


======


{ إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا }


(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".


[Surah Al-Kahf: 10]


=======


Ya. 


Jika si hamba memenuhi syarat Iman, hijrah & jihad, Dia Akan kurniakan rahmat. 


=====


{ فَضَرَبۡنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمۡ فِي ٱلۡكَهۡفِ سِنِينَ عَدَدٗا }


Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.


[Surah Al-Kahf: 11]


======


RahmatNya, tak terjangkau fikiran. 


Pemuda Kahfi dirahmati dengan kecukupan rezeki selama 309 tahun, meskipun tanpa makanan.


Pemuda Kahfi dirahmati dengan kesejahteraan & kesihatan selama 309 tahun meskipun tanpa seorang nurse yang memastikan badan mereka dibolak-balikkan agar tiada bed sores seperti pesakit yang terlantar atas katil. 


Pemuda Kahfi dirahmati dengan keselamatan selama 309 tahun meskipun mereka tidur di tempat yang tiada benteng atau pintu yang melindungi mereka daripada terlihat musuh. 


Saat ramai manusia bergantung hidup pada rezeki, harta & kepemilikan material, pemuda Kahfi membuktikan bahawa kebergantungan pada Allah SWT itu bahkan lebih menguntungkan. 


Sungguh,

Rahmat Allah SWT itu sesuatu yang tidak mampu difikir akal manusia. 


Justeru, 

berimanlah, 

berhijrahlah 

& berjihadlah.


Moga-moga rahmatNya melimpah-ruah ke atasmu.

SURAH ALKAHFI AYAT 22

 Surah Al-Kahfi, dalam ayat 22, Allah larang Nabi Muhammad berbahas dengan sesiapa pun tentang kisah Ashaabul Kahfi. Dah Nabi pun Allah larang, inikan pulak kita yang bukan nabi dan lebih-lebih lagi kita bukan pakar dalam bidangnya. 


Pada polemik berebut-rebut nak berbahas ni kukatakan, "Khalas!"


Al-Kahfi: 22

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

DOA AGAR DIKEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

AMALKAN DOA INI APABILA DIUJI KEHILANGAN BARANG 😊🤲🏻

Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dll. Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat. 

Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang. Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:

 اللّٰهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ ضَالَّتِي فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ 

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”

Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang. 

Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT. ❤️🌹


13 Julai 2023

5 Waktu

 بسم الله الرحمن الرحيم


أللهم صل على سيدنا محمد وعلى سيدنا محمد


~ DI SEBALIK 5 WAKTU ~


🌸 Solat di awal waktu.

🌸 Lakukan perkara di luar solat sama seperti di dalam solat. 

🌸 Jika dalam solat kamu memelihara aurat, kekalkan begitu juga di luar. 

🌸 Jika dalam solat kamu berzikir, teruskannya di luar waktu solat. 

🌸 Jika dalam solat kamu jaga tingkah laku, begitu juga di luar solat. 

🌸 Jika dalam solat kamu menjaga adab dan perkataan mu, teruskan juga di luar waktu solat. 

🌸 Jika tenang kehidupanmu di luar, maka kusyuk akan hadir setiap kali kamu solat. Allahu Akbar.


Mencari redha Allah.

BEZA

 PERBEZAAN ANTARA أطْلَعَ على DAN اِطّلَعَ على


Bagi yang biasa membaca teks Arab, akan pernah melihat dua frasa kata kerja ini. Nampak seperti sama, tetapi tidak.


1. Dari sudut sorof, أطْلع fiil thulathi yang ditambah 1 huruf iaitu أ atas wazan أفعل, manakala اِطّلَع adalah thulathi yang ditambah 2 huruf iaitu ا dan ت, asalnya اطْتَلع atas wazan افتعل. 


2. Selain itu, أطْلَع adalah fiil mutaaddi (transitif), iaitu ia boleh menyambut objek tanpa perantara huruf jar.

أطْلَع -يُطْلِع.... على... 

Boleh diterjemah: "memberitahu, menyatakan, memperlihatkan kepada seseorang tentang sesuatu.."


سأُطْلِع أبي على الخبر 

Terjemahan: Aku akan memberitahu ayahku tentang berita itu


 di mana fiil itu boleh terus menyambut objeknya/maf'ul bih iaitu (أبي) tanpa huruf jar. Adapun huruf jar على di situ diperlukan utk menyambut objek kedua iaitu perkara yang ingin disampaikan. 


Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman:


وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِیُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَیۡبِ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ یَجۡتَبِی مِن رُّسُلِهِۦ مَن یَشَاۤءُۖ )

[Surah Aal-E-Imran 179] 


Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). 


3. Fiil اطَّلَع - يَطَّلِعُ على...pula adalah fiil lazim (tak transitif) kerana ia memerlukan huruf jar على untuk menyambut objeknya. Ia bermaksud "melihat". Contohnya:

أريد أن أطَّلِعَ على الكتاب 

Saya mahu melihat (membaca) buku itu.


Allah s.w.t berfirman: 


لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَیۡهِمۡ لَوَلَّیۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارࣰا 

Surah Al-Kahf 18

jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka

Dua bentuk dosa ibu bapa

 Dua Bentuk Dosa Ibu Bapa; Meneliti Penggunaan Huruf لِ dan عَلَى.


Biasanya anak yang dikaitkan dengan dosa terhadap ibu bapa, atau derhaka. Al-Quran turut berkongsi dan membuat penjelasan tentang dosa ibu bapa terhadap anak-anak dengan sangat halus.


Sehalus huruf atau kalimah لِ yang bermaksud untuk dan عَلَى yang bermaksud ke atas. Dalam pengajian Bahasa al-Quran dan Bahasa Arab, sekecil huruf لِ, tetap ada fungsi dan peranannya. 


وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حُسۡنًاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ فَلَا تُطِعۡهُمَآۚ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (8) 

“Dan Kami berwasiat kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya kamu mempersekutukan Daku dengan sesuatu yang kamu tiada kamu taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Al-‘Ankabut:8)


وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِي عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِي وَلِوَٰلِدَيۡكَ إِلَيَّ ٱلۡمَصِيرُ (14) وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفًاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَيَّۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (15) 

“Dan Kami berwasiat kepada manusia kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) -14- Dan jika mereka berdua mendesakmu atas mempersekutukan Daku dengan sesuatu yang kamu tiada pengetahuan kamu taat kepada mereka; dan layanilah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan -15-.” (Luqman:14-15)


Perhatikan ayat ini,


a- Menggunakan huruf لِ pada وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِي yang bermaksud “dan jika mereka berdua mendesakmu supaya kamu mempersekutukan Daku.”


b- Menggunakan huruf عَلَى pada وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي yang bermaksud “Dan jika mereka berdua mendesakmu atas mempersekutukan Daku.”


Apakah beza antara لِتُشۡرِكَ dengan عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ? Sangat halus bukan? Wacana huruf لِ dan عَلَى ini akhirnya membawa kita memahami 2 bentuk dosa yang dilakukan oleh ibu bapa.


Satu: Bagi Ibn al-Zubair al-Gharnati, “Pengkisahan dalam al-‘Ankabut disampaikan dalam bentuk ringkas, justeru, memadai huruf لِ digunakan. Berbeza dengan pengkisahan dalam Luqman yang panjang, justeru, sesuailah huruf عَلَى.” (Malak al-Ta’wil)


Ulasan Ibn al-Zubair ini mungkin betul, namun masih belum memuaskan. Pasti ada penjelasan lain yang lebih baik dan mencakup segala aspek.


Dua: Dr Fadhil menyeluruhi ayat-ayat al-‘Ankabut dan Luqman secara lebih menyeluruh. Penjelasannya seperti berikut,


(a) Huruf لِ berada dalam kerangka “menyatakan tujuan” (لِلتَّعْلِيلِ). Ayat al-‘Ankabut menjelaskan tujuan pemaksaan itu berlaku, iaitu agar anak-anak mensyirikkan Allah Taala. Pemaksaan dengan menggunakan huruf لِ dilihat tidak bersifat begitu keras.


(b) Huruf عَلَى berada dalam kerangka “pemaksaan ke atas atau penguasaan” (لِلاسْتِعْلَاءِ). Ayat Luqman menjelaskan kekerasan hakiki atau pemaksaan yamg bersifat keras.


Mudah cerita, Surah al-‘Ankabut memberikan fokus kepada ‘tujuan pemaksaan’, manakala Surah Luqman memberikan fokus terhadap ‘bentuk pemaksaan’. Dapat difahami bahawa dosa ibu bapa dalam Surah Luqman lebih besar dan lebih keras.


Tiga: Sebagai bukti kekerasan dalam Surah Luqman, perhatikan kewajipan seorang anak sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala, وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ yang bermaksud “Dan Kami berwasiat kepada manusia kepada kedua ibu bapanya.”


Keadaan ini berbeza dengan Surah al-‘Ankabut yang berbunyi وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ حُسۡنًا yang bermaksud “Dan Kami berwasiat kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”


Tiada perintah untuk berbuat baik حُسۡنًا terhadap ibu bapa dalam Surah Luqman. Hanya mengenang jasa ibunya yang mengalami kesulitan semasa mengandung.


Walhasilnya, ada 4 bentuk kebaktian anak-anak terhadap ibu bapa:-


(a) Buat yang terbaik إحسان seperti perintah Allah Taala kepada Bani Israil dalam Surah al-Baqarah.

(b) Buat yang terbaik إحسَٰن seperti perintah umum Allah Taala kepada seluruh muslim seperti dalam Surah al-Isra’.

(c) Buat yang baik حُسۡنًا seperti Surah al-‘Ankabut.

(d) Sekadar mengingati jasa agar tidak derhaka, seperti Surah Luqman.


Empat: Surah Luqman ada menerangkan tentang pergaulan di dunia, وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفًا yang bermaksud “dan layanilah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.”


Ertinya, kita sebagai anak perlulah melayani mereka seadanya, memenuhi kehidupan dunia. Di akhirat, tiada lagi hubungan antara kita dengan mereka, sebagaimana terputusnya hubungan antara Nabi Nuh a.s. dengan anaknya yang syirik, dan terputusnya hubungan antara Nabi Ibrahim a s. dengan bapanya yang syirik.


Rumusan:-

1- Huruf لِ menunjukkan ibu bapa yang berusaha mendesak anak mereka untuk menyekutukan Allah Taala.


Huruf ini lebih memberikan fokus kepada tujuan dan matlamat mereka.


2- Huruf عَلَى menunjukkan ibu bapa yang sangat-sangat mendesak anak mereka untuk menyekutukan Allah Taala.


Huruf ini lebih memberikan fokus kepada tindakan kasar mereka dalam memaksa anak tersebut.


Wallah a‘lam.

Tahan diri ketika ujian sangat-sangat sulit

Tahan diri ketika ujian sangat-sangat sulit.

_________________


Pernah tadabbur ayat-ayat Quran tentang kelompok manusia yang Allah datangkan larangan, lalu diuji dengan larangan yang terbentang depan mata.


Pasti sulit, bukan?


Ada sejarah Nabi Adam & isterinya yang dilarang mendekati pohon terlarang (Al-'Araf,7: 19). Sedangkan pohon itu mudah sahaja untuk didekati. 


Ada sejarah tentera Thalut yang dilarang meneguk air sebanyak-banyaknya saat melalui sungai (Al-Baqarah, 2:249). Sedangkan sungai itu depan mata mengalir banyaknya cukup untuk semua. 


Ada sejarah satu kaum yang diperintahkan beribadah Hari Sabtu & dilarang tangkap ikan pada hari berkenaan. Sedangkan satu-satunya hari yang paling banyak ikan muncul bahkan terapung-apung pada mereka adalah hari Sabtu (Al-'Araf, 7:163)


Itu, umat-umat yang telah lalu.

Dan umat Muhammad s.a.w tetap tak lepas daripada ujian.


Ada larangan makan & minum sepanjang siang bulan Ramadhan sedangkan makanan & minuman sentiasa ada untuk dinikmati.


Ada larangan menyembelih haiwan ketika ihram. Sedangkan ketika itu, Allah membuatkan mudahnya menangkap haiwan² tersebut (Al-Maidah,5:94).


Puasa Ramadhan.

Sekolah melatih kita kemahiran menahan diri meskipun emosi lapar & letih berkecamuk dalam jiwa. 


Ibadah Haji pula.

Sebuah latihan menahan diri daripada keinginan Syahwat dalam suasana tak selesa bergaul dengan masyarakat pelbagai karenah. Inilah ibadah yang banyak larangannya untuk disiplin dipatuhi


Ya.

Begitulah kehidupan seorang hamba yang diuji. 


Memahami perspektif hidup neraca wahyu ini, bagaimana seharusnya kita menyikapi segala "peperangan" dalam jiwa manusia yang mahu melanggar aturan?


Allah melarang sebarang bentuk pelempiasan nafsu syahwat di luar jalan yang Dia tetapkan (Al-Mukminun,23:5-7). Tetapi, segala jalan yang haram itu terlalu mudah diakses, terbentang depan mata.


Allah larang memarahi pasangan & anak-anak (At-Taghabun, 64:14)  tetapi ruang "kuasa" yang ada di rumah membuatkan terlalu mudah untuk langgar larangan ini. 


Allah larang kita merasa diri paling benar, merendahkan orang lain, mengumpat & mencela. Tetapi, semua ini jadi terlalu mudah dilakukan di media sosial kerana boleh berselindung sebalik skrin, selamat daripada ancaman. 


Lalu.

Tatkala datang cara fikir "Tak apalah saya langgar larangan ini, dah semuanya mudah nak buat & langgar. Nak buat macam mana. Lepas ni lah saya taubat.."


Haipp.

Memang realiti ujian hidup itu sulit. 


Dibentangkan segala akses kepada larangan Tuhan bukanlah alasan untuk mengingkariNya. Sebaliknya itulah bukti yang diri masih hidup di dunia & masih diuji Tuhan untuk membuktikan Iman. Mahu taat bertuhankan hawa nafsu & syaitan atau benar-benar bertuhankan Allah? 


Justeru.

Saat diuji dengan pelbagai macam perintah & larangan Tuhan untuk ditaati, cepat-cepat ingat bahawa kehidupan sebenar adalah Akhirat. Usah biarkan nafsu rasa rugi dengan maksiat yang terpaksa ditinggalkan. 


Syukuri ujian² yang sulit dihadapi. Jadikanlah ia peluang menahan diri & sabar demi meraih pengampunan & rahmatNya. 


Sehingga akhirnya. 

Moga-moga kita semua berjaya kembali ke kampung syurga setelah buktikan pada Tuhan "Saya tetap taat kepadaMu meskipun nafsu syahwat & bisikan syaitan mengasak."

Bercakap Sepenuh Mulut Menurut Al-Quran.

 Bercakap Sepenuh Mulut Menurut Al-Quran.


Al-Quran membezakan antara orang yang bercakap sepenuh mulut dengan orang yang bercakap menggunakan lisan sahaja.


Baik, sila teruskan bacaan anda.


يَقُولُونَ بِأَفۡوَٰهِهِم مَّا لَيۡسَ فِي قُلُوبِهِمۡۚ

“Mereka mengatakan dengan mulut-mulut mereka sesuatu yang tidak sama dengan qalbu-qalbu mereka.” (Ali ‘Imran: 167)


Dalam ayat yang lain,


يَقُولُونَ بِأَلۡسِنَتِهِم مَّا لَيۡسَ فِي قُلُوبِهِمۡۚ 

“Mereka mengatakan dengan lisan-lisan mereka sesuatu yang tidak sama dengan qalbu-qalbu mereka.” (Al-Fath: 11)


Dalam Surah Ali ‘Imran, lafaz بِأَفۡوَٰهِهِم maksudnya “dengan mulut-mulut mereka.” Dalam Surah al-Fath, lafaz بِأَلۡسِنَتِهِم maksudnya “dengan lisan-lisan mereka.” 


Apakah perbezaannya dan mengapa berbeza?


1- Lisan hanyalah satu juzuk daripada mulut. Mulut lebih bersifat umum.


2- Penggunaan lafaz بِأَفۡوَٰهِهِم merupakan kiasan-berlebihan yang bermaksud “mereka benar-benar penipu dan tidak boleh dipercayai.”


3- Surah Ali ‘Imran memperkatakan orang munafiq yang begitu banyak alasan untuk tidak mahu terlibat mempertahankan Madinah meskipun sudah mengikat janji setia dengan Rasulullah s.a.w. 


Boleh rujuk ayat 167 dan 168 secara keseluruhan untuk memahami alasan demi alasan yang dikemukakan oleh mereka. 


4- Orang yang bercakap bersungguh-sungguh dikatakan تَكَلَّمُ بِمِلْءِ فِيهِ maksudnya “bercakap sepenuh-penuh mulut.”


5 Surah al-Fath membawakan kes lain, memperkatakan tentang sekumpulan Arab Badwi yang enggan terlibat dengan Umrah al-Hudaibiyyah. Alasan mereka, kewangan dan keluarga. 


Mereka bukan kaki penipu bagaikan orang munafiq, namun tetap ada silap salah. Lagipun mereka baru sahaja menerima Islam, tidak berpendidikan tinggi, menjalani kehidupan yang susah dan tinggal berjauhan dari kota. 


Maka lafaz بِأَلۡسِنَتِهِم sesuai untuk mereka.


Ini hanya ulasan ringkas dan ada lagi jika mahu dikupas.


Wallah a’lam.


Rujukan:

Dirasah al-Mutashabih oleh al-Samira’i, 177-178.

Allah Romantik

 Allah itu romantis:


1."Lupakan seseorang yang membuat mu sakit,aku akan menemanimu setiap saat"

(QS.attubah;40).


2."Letakkan aku dalam hatimu,maka aku pun akan meletakkan mu dalam hati ku".(Al-Baqarah;152).


3."kau adalah milik ku".

 (Qs.Al-Baqarah;156).


4."aku akan berlari saat kau memanggil namaku".

(Qs.Al-Baqarah;186).

18 Jun 2023

BUKU TREND vs BUKU EVERGREEN

Apa beza buku trend dan evergreen?

Buku trend sifatnya seperti daun. Tumbuhnya lebat, hijau dan merimbun. Berebut orang mahu berteduh di bawah rimbunan daun. Cukup masa bertukar coklat dan gugur.

Buku evergreen sifatnya seperti akar. Perlahan-lahan menjalar dan terus mencengkam tanah. Tak menonjol tapi sentiasa ada.

Kita nampak pada permukaan. Maka ia ada.

Contoh, jika buku dikelompokkan sebagai buku 'healing', cukup masa, trend berlalu. Jika buku dikelompokkan buku ilmu jiwa, setiap masa akan ada yang mencari kerana perlu.

Nampak sama, tapi tidak.

02 Mac 2023

BISNES DENGAN MENULIS


Menulis apa sahaja karya penulisan mestilah ada matlamat. Zaman ‘aku menulis bukan kerana nama’ sudah lama berlalu. 

Jangan diulang-ulang bait kuno itu.
.
Sentiasa memikirkan jalan-jalan keuntungan kepada setiap pernulisan karya

* Maksudnya menulis mesti ada hasilnya. 
* Menulis harus ada pendapatan. 
* Menulis menjadikan kita ada ramai lingkungan positif. 
* Menulis kena ada ROI dan KPI.
.
.

Setiap penulis terus membuka mata bahawa ada banyak pendapatan pasif jika kita berkarya – tidak kiralah karya puisi, cerpen, novel, skrip, kisah hidup, buku solo, menulis teks ucapan, tulis transkrip, menjadi ghostwriter dan apa sahaja karya – menulis mesti mendatangkan pendapatan.
.
.
Itulah antara maksud ‘writerpreneur’.