Mencari Redha Ilahi


22 Februari 2018

Novela : Ini Untuk Siapa?

Tumpahan kalimat yang ditulis ini, Aku istimewakan untuk mereka, Yang sedang rabak hatinya, Yang sedang keras jiwanya, Akibat ditinggal oleh insan, Yang dia pernah cinta dan tergila.

21 Februari 2018

CERPEN : MANA NAK LARI

Sebenarnya hati ini rindu kepadamu tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir… satu ayat panjang tapi penuh bermakna. Nota kecil. Dia mencatat sesuatu di kertas itu namun belum sempat dihabiskan, direnyuk-renyukkan. Dia menangis, teresak-esak. “Aku dah buat salah kepada dia, Ya Allah. Aku dah hina dia.” Semendung hari mahu hujan agaknya tapi mentari masih cerah. Dia termenung, memandang ke luar jendela. “Kau dah buat apa kat aku, hah?” Masih terngiang-ngiang kata-kata tersebut di telinganya. “Doakan saja dia, Hani” Anis cuba memujuk Hani. “Tapi Hani dah tersalah cakap. Hani rasa sedih.” “Semalam dia ok saja, Anis tengok.” “Itu semalam, Anis.” Hani cuma menggelengkan kepala. “Dia sekejap baik, Sekejap tak ok. Perangai dia. Semenjak, dua menjak ni saja, berubah.” Hani menyambung bicaranya.

20 Februari 2018

Ketika Kita Mengeluh


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

Apa nak kata kalau orang ucap ucapan-ucapan seperti "Jazakallah khairan" dsb?

Apa nak kata kalau orang ucap ucapan-ucapan seperti "Jazakallah khairan" dsb? Cara menjawapannya ialah dengan melihat kepada jenis fi'il yang digunakannya sama ada ia merujuk kepada maf'ul bihi secara terus ATAU berperantaraan huruf jar. Perlu dingat bahawa maf'ul bihi yang dimaksudkan di sini ialah orang yang ditujukan doa kepadanya. . 1. Jika merujuk terus, maka ucapan balasnya adalah إيَّاك. Contohnya : . جَزَاك الله خيرا / وَفَّقَك الله /شَفَاكَ الله . Kita perhatikan, fi'il2 yang digunakan, iaitu شفى, وفق dan جزى semuanya adalah fi'il yang merujuk kepada maf'ul bihi secara terus tanpa adanya perantara huruf jar. . Makanya bila orang sebut ucapan2 di atas kita terus jawab وإيَّاكَ. . 2. Jika ia berperantarankan huruf jar maka kita perlu mengulangi semula huruf jar tersebut, bukan إيَّاك lagi. Contohnya : بارك الله فيك / أعاده الله عليكم بالخير / ستر الله عليك . Jadi bila jawap kita kata وفيك atau وفيك بارك الله. Untuk ucapan kedua kita jawab علينا وعليكم. Begitu juga dengan yang ketiga dan seterusnya. Ataupun kita jawab آمين يا رب. . Jika ucapan dimulakan dengan perkataan أسأل الله maka cara menjawabnya sangat mudah. Kita hanya perlu kata, آمين ATAU ولَكَ بِمِثْلٍ ATAU ولك بمثل ما دَعَوْتَ لِي ATAU لِي ولَك. . Begitulah caranya. Bukan bila dilontarkan ucapan berbentuk doa sahaja, kita langsung jawab إيّاك.

Terimalah

Sudah lama kuterima hakikat otakku kian rosak. Tapi aku tetap bersyukur kerana mindaku masih boleh berfikir. Alhamdulillah.

Bagaimana Saya Menulis?

Jangan letak tajuk terlalu awal sebab ia akan membuatkan idea jadi 'block'. Biarkan dulu. Ini Kak Hani punya stail. Bila ada idea, cepat-cepat catat kat kertas dulu. Conteng-conteng atas kertaspun tak apa. Sebab kalau idea tu tak guna sekarang, mungkin berguna untuk pernulisan kita yang seterusnya. Idea tak selalu datang. Kadang-kadang masa kita sibukpun boleh ada. Menulislah di blog sebab storannya besar dan kekal selagi ada blog itu. Komputer tak ada fungsi ini. Kalau komputer rosak, habis semua storan. Di blog boleh taip apa saja tanpa perlu difikirkan komen orang. Facebook tak ada fungsi ini. Orang akan ketawa dan marahkan kita kalau kita buat silap di Facebook. Latihan paling baik adalah di blog sebab ia ada tempat 'simpan' sebelum disiarkan. Fungsi ini amat berguna apabila nak buat suntingan.