Mencari Redha Ilahi


07 Disember 2015

Perempuan Itu....


Perempuan Kalau sakit hati Dia diam dulu Sampai satu tahap Dia akan marah Dan dia lepaskan semuanya Masa tu jugak air mata dia keluar

18 November 2015

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 21

08 November 2015

Lepas Nikah : Ape Citernyer????

Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha Pakai Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!! Balas SMS: 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe…. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut…. Pulang Kerje: 6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih… 6 bulan : I’m BACK!! 6 tahun: Masak apa hari ini?? Hadiah (ulang tahun): 6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.. More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.. Telefon: 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih 6 bulan: Eh… Your call… 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!! Masakan: 6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! ! 6 bulan: Kita makan apa malam ini?? 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? 10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan… Memaafkan: 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh. 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!! Baju baru: 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu 6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi? 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??? Merancangkan Holiday: 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey? 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight… 6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE! TV: 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini? 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK .. More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer… (Kah,kah,kah) APTB ;p -- Sakit itu kifarah dosa iaitu Allah mengampunkan dosa kita. Sakit akan menyebabkan kita menghargai nikmat kesihatan. Sakit menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah. Hargailah diri ketika sihat dengan membuat banyak kebaikan dan amalan sebelum sampainya sakit dan ajal. Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita... Memang kita akan terluka. Memang kita akan terasa. Memang kita akan sakit. Memang kita akan merana. Memang kita akan menderita. Tapi, cuba fikir satu persatu.... . Jangan terlalu mudah menghukum tanpa tahu cerita yang sebenar, kadang kala telinga silap mendengar dan mata silap menafsir.. Jangan hilang keyakinan dalam hidup, jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Bersangka baiklah~ Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan dia yang anda tak pernah lihat... :) Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim

17 Januari 2015

Karier

Katakan kepada diri, "aku boleh melakukan", kejarlah apa yang diminati. Cintailah kebolehan kita itu sepenuhnya. Jadikan bakat anda, karier anda.

Matahari- Fikir & Zikir

Tanpa matahari, malam dan bulanpun tiada cahaya, gerhana membentuk gelang. Tanpa matahari juga, tandanya mendung, hujan nak turun. Tapi pelangi masih ada, sebabnya pantulan cahaya matahari ke arah awani itu apabila hujan turun. Carilah kebahagiaan walau hati dilukai, sedih kerana sesaat warna-warna pelangi itu pasti membahagiakan buat insan yang mahu berfikir dan ingat Tuhan itu ada.- FIKIR & ZIKIR