Mencari Redha Ilahi


12 Mac 2013

Jihad

Kadang-kadang kita tercari-cari di mana perlunya jihad itu, tetapi kita sering terlupa bahawa bersyukur dengan keamanan negara juga adalah jihad. Tiada sabotaj dari kita sendiri.

07 Mac 2013

In Shaa ALLAH

aku pun TERRSILAP..Jom sama2 perbetulkan balik..

Doa Jum'ah

Hari ini Jumaat, datangnya bersama satu saat doamu dikabulkan. Jari-jemari menari tika ini, menanti saatnya waktu doa dimakbulkan. Lantas hati ini tercari-cari jawaban "Nak doa apa ya?"

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di bawah lembayung RahmatMu. Andai ada di kalangan kami yang berselisih pendapat. Itu adalah RahmatMu. Namun kami juga memerlukan RahmatMu untuk kami teguh beriman serta terus berkasih sayang antara kami kerana kami sedar siapalah kami tanpa Ar Rahman dan Ar RahimMu.

Amin Ya Rabballamin.

05 Mac 2013

Ilmi

Selagi belum sampai nafasku ke halkum, selagi itu cintaku terhadap ilmu terus bersemi, insya Alllah.

04 Mac 2013

Fisabilillah

Rezeki kita, apa yang kita guna. Rezeki kita apa yang kita pakai, makan dan minum. Rezeki kita, setiap sedutan nafas yang dianugerahkan. Rezeki kita, diberi hidayah keimanan di saat orang kafir tidak menikmati janji Allah iaitu syurga itu hanya milik orang Islam yang matinya menyebut Lailahaillllah. Al Fatihah buat semua pejuang keselamatan yang terkorban memperjuangkan keamanan negara Malaysia.

03 Mac 2013

Tanya sama hati

Aku tak mahu bertanya apa sebab engkau menyepi kerana selagi nyawa di kandung badan, aku tetap mendoakan kebahagiaanmu walau di mana saja engkau berada. Itu tandanya aku mengasihimu, insya Allah.