Mencari Redha Ilahi


07 November 2013

Hari Lahir 13 Muharam 1402


http://www.falak.unisza.edu.my/calc/kalendar.php?nextm=1&c_m=10&c_y=1981

10 Oktober 2013

"Lupakan Saja Aku Ni!"

“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?” “Doa.” “Doa supaya dia buka hati untuk kau?” “Tak.” “Dah tu?” “Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.” [be the light, eventhough your own heart is not bright enough] Ya allah, Sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu. Maka kurniakanlah aku kekuatan untuk melupakannya. Sesungguhnya hanya kepadaMu hatiku berserah.

Air @ Darah?


Dalam BADAN kita banyak AIR tapi kenapa bila kulit kita terluka darah yang keluar? Dalam HATI kita banyak DARAH tapi kenapa bila hati terluka air mata yang keluar? Subhanallah indahnya ciptaan Allah...

Lihatlah

Hari ini kucuba pakai cermin mata yang dijual di sini. Hoooo,, ku lihat, kabur. Bila dibuka kembali, Alhamdulillah, lebih baik. Kita sering melihat sesuatu daripada pandangan diri kita sendiri atau orang lain, tetapi kita jarang melihat ia daripada pandangan Allah Subhanallahtaala melalui 'mata hati'.

Berdoalah kerana...


Doa memberikan kekuatan kepada orang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberi keberanian kepada orang yang ketakutan.

Cubalah


Selagi perkara itu perkara baik, tak rugi untuk mencuba. Yang rugi apabila kita tidak cuba melakukan sesuatu perkara yang baik.

Cinta milik siapa? Hanya Allah Pemiliknya


Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi. Siapakah yang paling banyak memberi berbanding Allah? DIAlah yang paling mencintai dan layak dicintai... kerana Allah Maha Pemberi!

01 Oktober 2013

Alhamdullillah


Kita sering mencari kebahagiaan di lluar sedangkan kita terlupa bahagia itu di hati, Audit diri, betapa baiknya Allah Subhanallahtaala masih ada untuk kita. Dia telah menutup keaiban diri kita yang banyak itu lalu menggantikannya dengan pujian dan penghargaan orang terhadap kita walau tanpa kita sedari. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang Muslim kerana ramai orang masih belum menerima hidayah Iman dan Islam. Alhamdullillah.

Sayangnya dia


Bukakan pintu hati anda seluas-luasnya untuk berkasih sayang kerana usia kita telalu singkat untuk terus membenci dan berdendam.

Jalan


Kita selalu tanya "kenapa Allah jadikan aku begini?". Itu tandanya Allah beri peluang untuk kita bertaubat. Tetapi kita jarang bertanya, "Bagaimana nak buat?"kerana kita belum meyakini kekuasaan Allah yang sebenar. Doa, usaha, Ikhlas dan tawakallah, insya Allah ada jalannya.

Taiplah apapun...


Apa ada pada perkataan yang kautaipkan di sini? Itulah dirimu. Cerminan indah memancarkan keindahannya kembali kepada keperibadianmu

Susahnya


Hidup ini terlalu singkat untuk kau bersusah hati

Allah bersama kita


Andai ada orang bertanya soalan ini, "Di mana Allah? Pukul dia, Tanya dia, "Sakit tak?" Jika dia jawab, sakit. Tanyakan kembali "Nampak tak sakit itu? Apa itu sakit?" Itulah tandanya Alah itu ada.

isthikharah


Andai ada pilihan, jadikan isthikharah sebagai pemutusnya. Insya Allah akan tersingkap hijab qada' dan qadar Tuhan.

Syukur....aku sakit


Ujian sakit itu lebih sukar untuk disyukuri tetapi bersyukurlah kerana ia merehatkan badan dan hati serta menyegarkan iman untuk menempuh kehidupan

Lidah yang tergigit


Lidah tergigit, pedih rasanya. Tapi baiknya apa? Aku cuma ingat Allah di hati, fikirku juga sering terlalai. Jadi, ingat Allah bukan hanya di hati, tapi juga tutur kata dan amal perbuatan

Hati?


Andai hatimu tidak menemui ketenangan dan kekhusyukkan beribadah, berdoalah kepada Allah Subhanallahtaala agar ditukarkan hatimu itu.

Ceritalah


Mencipta cerita adalah lebih sukar dari mencari cerita.......Cabaran seorang penulis

Paint your words


Paint your story with your words by your expensive experience. write what you know.

22 September 2013

Andai ada pilihan


Andai ada pilihan, jadikan isthikharah sebagai pemutusnya. Insya Allah akan tersingkap hijab qada' dan qadar Tuhan.

17 September 2013

Tanda Allah Itu Ada


Andai ada orang bertanya soalan ini, "Di mana Allah? Pukul dia, Tanya dia, "Sakit tak?" Jika dia jawab, sakit. Tanyakan kembali "Nampak tak sakit itu? Apa itu sakit?" Itulah tandanya Alah itu ada.

10 September 2013

Persoalan Tentang Ilmu

Persoalan tentang ilmu 1) Niat - Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah? - Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain? - Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati? - Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu? - Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka? - Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam? 2) Memilih guru - Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya? - Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)? - Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)? -Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak. 3) Mengagungkan ilmu dan ulamak - Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu? - Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu? - Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia? - Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan ada sebagai guru? - Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri? - Berapa ramai pula tidak beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum? - Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ulama su' pada hari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu? - Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam? - Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista? Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “terlalu banyak.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu banyak orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq. Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama. Posted by KPTII at 10:26 Sumber : http://kolejpengajianislam.blogspot.com/2009/07/persoalan-tentang-ilmu.html

27 Ogos 2013

Engkau ada Dia

Sesungguhnya kita tidak pernah bersendirian di mana-manapun, bila-bilapun. Tiada yang luput dari penglihatan Alloh sekelumitpun, walauapapun yang kita lakukan, terang-terangan ataupun disembunyikan "Dan DIA bersamamu dimanapun kamu berada, dan Allah Maha Melihat apapun yang kamu kerjakan" (QS.57;4). Kita sering alpa dan tidak menyadari setiap saat kita benar-benar dilihat oleh-Nya. Kita mudah tergelincir berbuat dosa, kita tidak meyakini kehadiran-Nya setiap saat.

25 Ogos 2013

Tuhan bersama kita

Ketenangan lahir daripada hati yang ingati diinya masih bertuhan.

24 Ogos 2013

Kalimah Allah

[Kalimah Allah]

Kalimah Allah kekal milik umat Islam ~ buat masa ini,
Ramai bersorak diiringi laungan takbir kalimah suci Allah masih milik umat Islam lagi,
Namun adakah kalam Allah yang Maha Agung Maha Suci telah kita sebarkan di sana sini,
Jangan menang sorak kerja dakwah terbengkalai lagi.

Agungkanlah Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Qul, Qul, Qul yang diulang 323 kali dalam Quran oleh Allah agar kita "Katakanlah, Katakanlah, Katakanlah" kepada manusia, kafirun dan ahlul kitab. Perbaikilah akhlak kita dan tonjolkanlah keagungan agama Islam kepada mereka melalui akhlak kita sebagai yang diperintah oleh Allah. Sebarkanlah kalam Allah yang Maha Suci Maha Agung... 

https://www.facebook.com/firdaus.whwong/posts/10151786667488629

07 Ogos 2013

Aku belum bersedia memaafkanmu

Andai hati belum bersedia memaalkan, cakapah begitu kepadanya. "Aku belum bersedia memaafkan dirimu" jujurlah dengan hati sendiri.

04 Ogos 2013

Soalnya apa?

Kita selalu tanya "kenapa Allah jadikan aku begini?". Itu tandanya Allah beri peluang untuk kita bertaubat. Tetapi kita jarang bertanya, "Bagaimana nak buat?"kerana kita belum meyakini kekuasaan Allah yang sebenar. Doa, usaha, Ikhlas dan tawakallah, insya Allah ada jalannya.

01 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI

Tiada kata seindah bacaan Al Quran
Tiada ingatan secantik Zikrullah
Tiada mata secerah keikhlasan
Tiada kasih sebersih Rahmatullah
Hanya Dia Maha Mengatahui betapa sayangnya hati ini kepadamu
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin

28 Julai 2013

Istiqomah

Masih diulit sifat berbangga diri? Teruskanlah dengan prinsip kebaikan kerana kebaikan anda akan sebati dengan hati sehingga pujjian dan kejian tidak mengubah prinsip anda itu

20 Julai 2013

Auzubillahhiminzalik

Kadang-kadang aku tefikir kenapalah aku ni selalu kecewa  bila aku bercinta dengan manusia tetapi aku tidak pula kecewa bila aku mengikut jejak langkah syaitan. Auzubillahhiminzalik

13 Julai 2013

Kita....



Sumber Facebook : https://www.facebook.com/fitri.bismail

Tasbih


 







Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=598781690144090&set=a.211933758828887.53204.211929088829354&type=1&theater

12 Julai 2013

Perlukah dibiarkan?

Saya pernah kecewa
Hati juga telah dilukai
Lukanya amat menikam
Tapi itulah
Kasih sayang Allah Subhanallahtaala begitu mendalam
Setiap detik dan ketika
Pernah saya fikir saya tidak mampu menerima cinta lagi
sedangkan ia ada bersama saya dulu, kini dan selamanya
Perlukah dibiarkan rasa cinta itu?
Tidak
Cinta membawa saya kepada Tuhan
Kecewanya cinta  sesama makhluk
Membawa saya kepada Allah Subhanallahtaala
Ar rahman, Ar rahim
Dia pemilik cinta itu

23 Jun 2013

Teruslah

Jangan sesekali memilih untuk berputus asa kerana ia bukanlahh pilihan

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Jahat Atau Tidak?

Apa itu orang jahat? Orang jahat buat dosa. Agama cakap orang berdosa masuk neraka. Bila kita buat dosa, kita ni jahat ataupun tidak?

Bila hati berbisik

Tataplah sedalam-dalamnya mata itu. hatimu akan mula berbisik. Mata tidak mampu menipu, cuma hati sering tertipu.

Kekuatan kita

Orang selalu berkata, "Peduli apa aku, lantak dialah..." Tetapi sedikit kepedulian yang dilakukan oleh ramai orang akan menjelmakan kekuatan yang luar biasa, insya Allah.

Dakwah

 Dakwah-Membantu Agama Allah SWT

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah pasti membantu orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah al-Hajj: 40-41)

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah SWT , pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukkanmu. (Surah Muhammad: 7)


 Dakwah bukan bererti aku yang terbaik. Andai bukan aku, siapa lagi yang mahu menghidupkan cara hidup Islam. DAKWAH BUKAN SEKADAR CERAMAH SEMATA-MATA TETAPI IA ADALAH CARA HIDUP

22 Jun 2013

Bicsra Hati

Tataplah sedalam-dalamnya mata itu. hatimu akan mula berbisik. Mata tidak mampu menipu, cuma hati sering tertipu.

16 Jun 2013

Tenang, Setenang-tenangnnya

Sepi itu kekadang membahagiakan aku kerana aku biasa berbicara dengan Tuhan pada waktu-waktu begini. Hati tetap membicarakan, kadang--kadang katanya daripada nafsu, Berdolak-dalik syaitan memujukku. Namun aku sering meminta agar hatiku ini ditenangkan dengan mengingati Allah Subhanallahtaala.

Bukakanlah Ya Allah

Sebelum Engkau menutup mataku, bukakanlah kepadaku pintu-pintu menuju ke syurgaMu agar aku dapat membawa golongan yang menyayangi aku hanya keranaMu bersamaku ke syurga nanti andai aku dipilih untuk syurgaMu itu.Ya Allah.

Taiplah apapun, tapi...

Berhati-hati bila menaip. Bagai makan nasi. Pinggan pastikan tidak retak, lauk dan kuahnya tak tumpah ke meja.

Hidup

Apabila cahaya hidayah melimpah ke hati, manusia itu hidup dengan RahmatNya

Lukiskanlah

Bukakan pintu hati anda seluas-luasnya untuk berkasih sayang kerana usia kita telalu singkat untuk terus membenci dan berdendam.' Paint your love in your heart'

Tenang

Kebahagiaan milik manusia yang mengenali Tuhan. Takdir dan waktu membawa aku kepada kecintaan yang lebih membawa makna kepada diri ini iaitu ketenangan.

Nilai oh nilai

Nilaikan sesuatu dengan pandangan Allah Subhanallahtaala, Tanyakan diri dulu, "Aku buat benda ni, Allah suka tak?" sebelum nak buat apapun dalam hidup kita ini.

Berikan Cintamu

Jangan takut untuk memberi cinta kerana kecintaan itu merupakan keindahan yang Tuhan telah tetapkan di dalam hati manusia

Andai ada

Andai ada citacita yang belum dicapai, teuruskan berusaha. Allah Subhanallahtaala melihat perjuanganmu. Andai kau dikecewakan oleh cintamu, ubahlah ia menjadi sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup. Jadikanlah ia sebagai kisah yang memberi inspirasi. Andai kau sakit, teruskanlah hidupmu, setiap nafasmu masih ada Allah sebagai peneman. Inspirasikan hidupmu melalui kisah NOVELA : Isthikharahmu untuk siapa? http://norfazihah.blogspot.com/

DAEI

Dakwah bukan bererti aku yang terbaik. Andai bukan aku, siapa lagi yang mahu menghidupkan cara hidup Islam. DAKWAH BUKAN SEKADAR CERAMAH SEMATA-MATA TETAPI IA ADALAH CARA HIDUP

14 Jun 2013

Aku tidak mengerti

Tidak kutahu mengapakah sepinya melanda hatiku. Puas kucuba untuk mengusir. Aku masih ada Allah tempat mengadu. Kisah lalu membuat kuberhati-hati kerana pengalaman itu telah medewasakan, mematangkan fikiran. Aku tidak rela ada antara kita yang kecewa. Biar waspada.

05 Jun 2013

Hidupkan ia

Apabila cahaya hidayah melimpah ke hati, manusia itu hidup dengan RahmatNya.

Doaku

Sebelum Engkau menutup mataku, bukakanlah kepadaku pintu-pintu menuju ke syurgaMu agar aku dapat membawa golongan yang menyayangi aku hanya keranaMu bersamaku ke syurga nanti andai aku dipilih untuk syurgaMu itu.Ya Allah.

taiplah apapun

Berhati-hati bila menaip. Bagai makan nasi. Pinggan pastikan tidak retak, lauk dan kuahnya tak tumpah ke meja.

Doa

Sebelum Engkau menutup mataku, bukakanlah kepadaku pintu-pintu menuju ke syurgaMu agar aku dapat membawa golongan yang menyayangi aku hanya keranaMu bersamaku ke syurga nanti andai aku dipilih untuk syurgaMu itu.Ya Allah.

28 April 2013

Paint it


You can paint your pictures with your words. So, write it now. Build the character, Dress up vocabulary, and then use emotional language. You can do it.
 am what I wrote n my blog, because the writer can't hypocrite. I am loving it. Because it is not easy to be a writer and researcher,as daei. Knowledge and experience.That is challenge to me. But I know I can do it, insya Allah.

12 Mac 2013

Jihad

Kadang-kadang kita tercari-cari di mana perlunya jihad itu, tetapi kita sering terlupa bahawa bersyukur dengan keamanan negara juga adalah jihad. Tiada sabotaj dari kita sendiri.

07 Mac 2013

In Shaa ALLAH

aku pun TERRSILAP..Jom sama2 perbetulkan balik..

Doa Jum'ah

Hari ini Jumaat, datangnya bersama satu saat doamu dikabulkan. Jari-jemari menari tika ini, menanti saatnya waktu doa dimakbulkan. Lantas hati ini tercari-cari jawaban "Nak doa apa ya?"

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di bawah lembayung RahmatMu. Andai ada di kalangan kami yang berselisih pendapat. Itu adalah RahmatMu. Namun kami juga memerlukan RahmatMu untuk kami teguh beriman serta terus berkasih sayang antara kami kerana kami sedar siapalah kami tanpa Ar Rahman dan Ar RahimMu.

Amin Ya Rabballamin.

05 Mac 2013

Ilmi

Selagi belum sampai nafasku ke halkum, selagi itu cintaku terhadap ilmu terus bersemi, insya Alllah.

04 Mac 2013

Fisabilillah

Rezeki kita, apa yang kita guna. Rezeki kita apa yang kita pakai, makan dan minum. Rezeki kita, setiap sedutan nafas yang dianugerahkan. Rezeki kita, diberi hidayah keimanan di saat orang kafir tidak menikmati janji Allah iaitu syurga itu hanya milik orang Islam yang matinya menyebut Lailahaillllah. Al Fatihah buat semua pejuang keselamatan yang terkorban memperjuangkan keamanan negara Malaysia.

03 Mac 2013

Tanya sama hati

Aku tak mahu bertanya apa sebab engkau menyepi kerana selagi nyawa di kandung badan, aku tetap mendoakan kebahagiaanmu walau di mana saja engkau berada. Itu tandanya aku mengasihimu, insya Allah.

24 Februari 2013

Pencarian

Penulisan, jangan dibiarkan dakwat penamu itu sampai habis meski cairan di fikir ini masih belum menemui noktah akhirnya. Mencari makna diri.

Cari-cari

Aku buka pintu hati ini bukan untuk mempersilakan cinta itu masuk tetapi aku sendiri yang akan keluar mencari cinta

Keep it silent

Diamku itu bukan bererti aku berhenti mencintaimu, tetapi aku mendoakan cinta kita adalah cara terbaik untuk aku mempertahankan kebahagiaan ini kerana aku tahu siapalah kita tanpa CintaNYA.

01 Februari 2013

Today is my day

Forgive and forget whatever we did yesterday. Our life can make better if we think 'today is my day' because we don't know about tomorrow. Improve and know ourself, who know we can meet that greater motivation.

03 Januari 2013

Hidup

Hidup ini tak semudah yang kita impikan kerana dunia bagaikan berjalan menulusuri laluan penuh liku untuk masuk ke dewan peperiksaan menuju kepada keputusan di akhirat yang kekal abadi

Tahun 2013

Assalamualaikum. Selamat tahun baru. Dah tak ada azam baru sebab setiap hari adalah baru selagi nyawa dikandung badan, insya Allah. Orang cemerlang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Orang cemerlang bercita-cita agar setiap saat yang bakal dilalui penuh dengan kebaikan yang berterusan hingga ke akhirat dan berusaha mendapatkannya, insya ALLAH.