Mencari Redha Ilahi


22 November 2010

Bagaimana genetik @ keturunan mempengaruhi saya untuk menjadi pendakwah?

Perlayaran jauh berhijrah meninggalkan tanah asal di Banda, Acheh, Indonesia ke Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia besar hikmahnya,

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dilahirkan daripada keturunan seorang pendakwah ataupun ustaz. Dengan darah keturunan arwah yang mengalir seluruh tubuh menyapa ke jiwa saya. Inilah antara salah satu sebab saya memilih profession pernulisan dakwah Islamiah.


 Allahyarham adalah datuk kepada abah saya, keluarga sebelah arwah nenek saya.

Nama arwah ialah Allahyarham Haji Hamzah Bin Allahyarham Haji Ahmad.

Arwah ialah bapa kepada nenek saya, Allahyarhamah Hajah Kalsom. Arwah meninggal dunia pada tahun 1969 dan dikebumikan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Disedekahkan buat mereka semua. Al Fatihah.

Semoga darah keturunan ini dapat pula berdakwah serta melahirkan genarasi beriman dan berilmu yang menyumbang kepada dunia dae'i seterusnya memartabatkan kembali Islam di muka bumi, insya Allah.

Amin Ya Rabbal'allamin.

Wallahhua'alam.

18 November 2010

Dakwah Kepada Orang Kelainan Upaya Pendengaran

Tidak semestinya orang bermasalah pendengaran ini, mereka pekak dan bisu sepenuhnya. Berdasarkan pengalaman saya bekerja bersama mereka di Bengkel Persatuan Permulihan Orang Perak.

Ada manusia yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan sepenuhnya. Terdapat juga golongan yang boleh bersuara dan mendengar tetapi masih memerlukan bantuan alat pendengaran. Mereka masih boleh bercakap, mendengar, serta memahami apa yang kita cakapkan.

Malah untuk beribadah, golongan ini menunaikan solat seperti biasa. Cuma perbezaannya mereka tidak boleh bersuara.

Berdialog dengan mereka memerlukan teknik isyarat tangan. Di Malaysia, ia dikenali sebagai "Bahasa Isyarat Malaysia" ataupun ringkasnya BIM.

Kod tangan pula adalah kod-kod dan isyarat-isyarat yang telah diseragamkan asas tatabahasanya serta mematuhi prinsip Bahasa Malaysia.

Saya juga berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa isyarat tangan. Teknik terbaik untuk belajar bahasa isyarat ialah berdialog bersama mereka. Kaedah ini lebih mudah difahami daripada menggunakan buku. Buku cuma digunakan sebagai rujukan sekiranya terdapat perkataan yang tidak difahami. Seandainya mempunyai perkataan yang kita tidak tahu, kita juga boleh berkomunikasi secara menulis nota di atas kertas. Mereka akan menggunakan isyarat tangan untuk mentafsirkannya serta menjawab soalan yang ditanyakan itu dengan menulisnya di atas kertas tersebut.

Kaedah penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia


Ejaan Jari (Fingersfelling)

Ini adalah bahagian penting dalam penggunaan bahasa isyarat. Mereka menggunakannya apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai kod tangan atau kata nama khas.
 
Asas

Kod Huruf











Sebagai manuusia, kita wajib menghormati dan menerima mereka sebagai insan.
Allah SWT hanya akan mengangkat darjat orang-orang beriman dan bertaqwa kepadaNya  Wallahhhualam. Wassalam.

Rujukan : Buku Bahasa Isyrat Malaysia

09 November 2010

Dakwah Islamiah

Bismillahhirahmanirahim
Dengan nama Allah
SezinNya juga
Masih diberikan kehidupan
Datang ke dunia sebagai khalifah
Bersama sifat insani
Mentadbir
Namun tak semua akan kembali sebagai hambaNya

Cuma harapan Rahmat dan kasihNya
RedhaNya dicari
RahimNya dinanti
Siapa pilihanNya?
Semoga cinta ini membawa aku kepada Allah, Subhanallah

Hanya Dia Maha Pengasih
Pemberi segalanya
Penawar di kala sepi melanda jiwaku

Tinta ini menari
Menyunting bunga-bunga ilhamNya
Laju membuai dakwat hidayahNya
Buat hati yang mahu dan mampu mengerti
Dengan seizinNya
Doaku panjang memanjat ArashNya
Moga sampai ke destinasi qalbumu

Aku cuma insan biasa
Sering terlupa juga terlalai
Namun ingin aku berjuang
Meninggalkan sesuatu bekal akhiratku

Setia aku ucapkan kepada diriku
Selamat datang ke dunia dakwah Islamiah
Insya Allah
Tidak kutoleh ke belakang lagi
Kerana cintaku kepada Allah
DiriNya tetap di hati ini
Bertahun lama
Aku mencari
Syukurku buatNya
Aku menemui jalan ini
Dengan hidayahNya, Alhamdulillah

Biar taufan melambung ilmuku
Biar petir menjadi sawan di fikirku
Biar syaitan mengugat hatiku
Tetap kuredah lautan ilmi itu
Berlayar bernakhodakan Iqra
Kerana cinta ku kepada Allah
Hanya Dia destinasi impi akhirku, insya Allah

Jihad Fisabilillah
Selembut sinar purnama berbicara
Seteguh mentari tegas berhukum
Namun tetap hikmah bicaraku

Wallahu’alam

03 November 2010

Semakin dekat

Assalamualaikum

Agak lama tidak kujengahi blog ini, kerinduan amat dirasai. Begitu asyik dengan kerja pejabat dan juga pernulisan di "facebook norfazihahhani" itu. Akhirnya dapat juga kularikan jari-jemariku ini menaip, sekurang-kurangnya mengubat kerinduan kepada keindahan bahasa, kacantikan ayat-ayat cintaku kepada pernulisan dakwah Islamiah.

Semakin hampir 9 November itu, adakah diri ini dapat melaluinya dengan kehidupan? Andai ketentuan Allah SWT memanjangkan usia, kirakan ia masih dalam keimanan serta ibadah kepadaNya? Ya Allah, kurniakanlah kepanjangan umurku dalam keberkatan, ibadah dan kasih sayangMu.

Semoga setiap ujianNya dapat dilalui dalam Rahimullah, insya Allah. Hanya itu harapan hambaMu yang amat mengharapkan belas kasihMu. Ya Rabbal'allamin.

Wallahhualam.

02 November 2010

Kejayaan Sebenar

Bermula dengan tiadaapapun walau tanpa pengalaman, kita akan berdikari dan mencari serta lebih berusaha kepada peluang-peluang kejayaan kerana keadaan memaksa kita untuk berjaya selagi kita buat apa yang kita suka serta diniatkan kerana Allah SWT