Mencari Redha Ilahi


31 Mei 2010

Doktor Oh Doktor

Suatu hari, seorang apek pergi ke klinik kerana sakit perut.

Di dalam bilik doktor.

Doktor : Apek, ini ubat masuk dalam lu punya itu dubur.lah.

Apek tersebutpun baliklah ke rumah. Sampai di rumah, apek itupun masak bubur dan ditambah dengan ubat tadi. Dia makan bubur tersebut. Tapi, perut dia bertambah sakit. Diapun pergi ke klinik, jumpa doktor tadi.

Apek : Haiya, doktor. Wa punya perut sakit teruk, adoiiiii. Lu kasi ubat apa suruh wa masuk dalam wa punya itu bubur nasik. Wa makan itu bubur manyak pahit woooo.

Doktor : Apek, itu ubat bukan untuk makan tapi masuk dalam lu punya itu tempat berak.

Kesimpulannya, berhati-hatilah kerana bukan semua orang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Belajar bahasa lain, tambah kemahiran. Sayapun tengah belajar bahasa lain, selain Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari. Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan bahasa paling penting, Bahasa Al Qur'an, Bahasa Arab. Tetapi masih baru. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Insya Allah, tiada ruginya menambah dan menggunakan ilmu. Wallahu'alam.

30 Mei 2010

Hai, hai.....Bye, bye.......

Kahwin, asalnya saya ni ramai kawan lelaki sampaikan tak tahu siapa pilihan di hati. Rupa-rupanya ditakdirkan Allah SWT, perkahwinan saya bukan dengan mereka tetapi perhubungan antara kami berdua diaturkan oleh pihak ketiga .

Saya tetap merasai nikmat menjadi pengantin, Alhamdulillah. Walaupun dia cuma pinjaman Allah SWT bagi menguji hambaNya yang lemah ini. Bukan semua orang dapat nikmat menjadi suami isteri. Alhamdulillah.

Sekarang kahwin bukan lagi matlamat utama. Kalau 10 tahun dulu, kahwin menjadi antara keutamaan dalam hidup, sekarang tidak lagi. Apabila dikenang-kenang kembali, memang mampu membuatkan saya tersenyum. Yalah, dalam ramai-ramai kawan lelaki, perkahwinan saya diaturkan pihak ketiga. Itulah takdir namanya.

Alhamdulilllah, perkahwinan kami bahagia walaupun dia serba kekurangan. Dia juga orang kelainan upaya. Cuma ditakdirkan Allah SWT jodoh kami tidak kekal disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Allah SWT mengurniakan seorang suami yang baik kepada saya. Tetapi kekurangan yang beliau alami menyebabkan beliau tidak dapat menjadi pemimpin serta pembimbing di dalam keluarga.

Berat mata yang memandang ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi saya dan memberikan ketenangan semasa talak dilafazkan. Ia umpama melepaskan bebanan tekanan bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah. Walaupun talak itu halal, tetapi ia perkara dibenci oleh Allah SWT. Dia cuma pinjaman daripada Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kami sekeluarga. Saya redha melepaskan dan membebaskan dia. Seperti rajawali, terbang tinggi. Tetapi saya tetap sayangkan perkahwinan, kerana pahala yang Allah SWT janjikan seandainya hubungan kasih sayang suami isteri berjaya dikekalkan ke akhir hayat seperti pahala membina masjid.

Alhamdulillah, saya bersyukur Allah SWT sangat menyayangi diri saya. Saya sudah memaafkan dia dan melupakan semua kesalahan dia. Kosong, kosong. tiada dendam di hati. Saya sayangkan dia sebagai saudara seIslam, tetapi untuk saya dan dia kembali sebagai suami isteri adalah tidak. Di antara kami sememangnya tiada jodoh sebagaimana doa saya selapas solat istikharah sebelum saya berkahwin dulu.. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah SWT memisahkan kami dengan ketenangan.

http://tokjanggut1961.fotopages.com/?entry=1744584

http://fauzana78.fotopages.com/?entry=1746679

Tapi gambarnya sedikit saja. di 'link'kan daripada blog kakak ipar saya. Saya tak boleh letak kat blog "norfazihahhani" ni, kerana ia sudah tinggal kenangan. Hehehehe, jangan sandarkan pada kenangan. Biarkan, biarkan, biarkan berlalu.............

Wallahua'alam.

27 Mei 2010

Kenapa Cinta?

Cinta.................
tidak dinafikan ada cinta di hati ini. tapi cinta hanyalah untuk Allah SWT...........................nantikan pencarian cinta, kisah perkahwinan,...........bukan sekarang, simpan dulu........kuang-kuang. luka di hati masih belum sembuh lagi. semangat hidup cuma hanya untuk Allah SWT.Kita datang daripada Allah SWT dan kita akan kembali kepadaNya......................

26 Mei 2010

Bye, bye

Assalamualaikum.
Sekarang ini standby buku-buku kursus induksi untuk pelajar-pelajar yang akan bergelar Jururawat Klinikal Gred U29 tak lama lagi. Mereka akan keluar kolej sebagai jururawat terlatih, tahniah buat semua. Alhamdulillah, sebulan lagi. Insya Allah.

Mereka ni adalah jururawat lelaki dan juga perempuan, Untuk jawatan jururawat, ada satu jawatan Ketua Jururawat U32, kenaikan pangkat. selalunya kat hospital dipanggil "sister".Apa jadi kalau lelaki pegang jawatan "sister", ha? Ok tak....dipanggil sister. Ok sebab kebanyakan jururawat lelaki, cara layanan memang baik, dari segi komunikasi.

Cuti semester pelajar-pelajar kursus diploma akan bermula tak lama lagi, agak sunyi sepi kolej dibuatnya. Yang tinggal cuma pengajar, staf dan pelajar kursus sijil posbasik, itupun tak ramai. Kerja tetap kerja. Insya Allah.

Alhamdulillah, hari ini dapat slip gaji, hmmmm nampaknya untuk Tabung Haji belum dipotong lagi, entah bila akan dilakukan, Wallahhua’lam. Kalau sudah dibuat potongan tersbut, mudahlah kerana tak perlu membuat penyimpanan secara manual. Insya Allah, suatu masa nanti saya nak pergi beribadah dan menunaikan haji di Mekah. Rindunya, rindu-serindunya. Ya Allah, sampaikanlah hajat hambaMu ini. Amin.
Wallah hu’alam.

Wassalam.

25 Mei 2010

Percaturan

Assalamualaikum

Sahabat-sahabatku yang dikasihi.
Hari ini 26 Mei 2010, ada sukaneka peringkat kolej di padang DR. Tak pergipun kerana kurang sihat, sakit tekak dan selsema sedikit. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberikan kesihatan andai dibandingkan dengan pesakit kronik di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Alhamdulillah.

Sukan, hmmm bila dikenang-kenang, sememangnya saya kurang melibatkan diri di dalam aktiviti ini semasa sekolah. Mungkin disebabkan keterbatasan fizikal, ditambah pula bersekolah dengan orang normal. Tetapi bukan bermakna saya kosong tanpa aktiviti sukan. Saya lebih suka permainan catur. Saya merupakan salah seorang anggota Kelab Catur semasa sekolah dulu. Permainan yang menduga kebijaksanaan seseorang, berjam-jampun boleh main.Tetapi selalunya saya kalah. Hehehe.tak pernah menangpun sebab IQ orang biasa lawan dengan IQ orang kelainan upaya pembelajaran seperti saya,.Saya mempunyai masalah pembelajaran ”slow learner”. Disebalik kelebihan permainan catur ini, ada kekurangannya. Dari sudut Agama Islam, ada tanda salib di atas kepala king, ia wajib dipatahkan. Permainan yang agak melalaikan dan kadang-kadang mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan perlawanan, boleh terlepas waktu solat dibuatnya.

Ha, jaga-jaga. Allah SWT is No1, utamakan solat fardhu. Inilah kriteria pertama dalam permilihan ”pakwe” saya. Sama ada dulu, sekarang dan selamanya. Tetapi jangan haraplah nak jadi pakwe saya sekarang. Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya malu apablia orang tanya ”bila nak kahwin?”. Allah, merah muka, macam anak dara. Walaupun saya tahu, diri saya peminat ramai ditambah pula mempunyai keempat-empat ciri yang Nabi Muhammad SAW sebutkan. Senyuman diberi, jawapannya adalah tidak buat masa sekarang.

Saya lebih suka menumpukan perhatian kepada Allah SWT, diri, keluarga, kerjaya dan ilmu serta sahabat-sahabat saya. Walaupun dugaan terlalu banyak semenjak menjanda, tetapi saya yakin Allah SWT sayangkan saya dengan mengurniakan ketenangan di hati serta sokongan keluarga dan sahabat yang sentiasa membantu ketika menghadapi ujianNya. Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

24 Mei 2010

Hati ini

Hati ini masih sepi
Menanti tidak kunjung
Entah di mana nak ku cari lagi
Hingga aku pasrah dengan ketentuanNya
Sebagai hambaNya
Doa kupanjatkan tiada putus
Munajat moga Dia menemukan aku
Jalan yang terbaik
Setelah berbagai dugaan aku tempuhi
Aku redha
Andai sendiri itu baik untukku seumur hidup ku
Akan kuabadikan hidup dan matiku untukNya
Mencari redha ibubapaku untuk rahmat dan kasih sayangNya
Menemukan silaturahim keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku
Hingga tiada lagi hutang apapun
Mencari keberkatanNya
Memaafkan
Agar aku tenang bertemuNya nanti
Insya Allah
Aku bersyukur kepadaNya
Kerana Dia sentiasa di sisiku saat aku memerlukan
Pintaku padaNya

“Ya Allah, kurniakan kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami, ya Allah. permudahkanlah, jangan disulitkan kerana Engkau Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatMu, Ya Allah, wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Amin Ya Rabbal Allamin” .

1509pm 250809

Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim
152, Selasar Rokam 14
Kampung Seri Ampang B
31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
019-4403563
 
suntingan 1234pm 25mei2010

Alhamdulillah

Siapapun tidak menjangka
Sejak detik yang ditinggalkan
Aku merasai ketenangan
Biarpun dia yang aku sayangi makin jauh
Aku melepaskan dia tanpa dendam
Walau hati berderai
Bagai kaca jatuh tak dapat disatukan
Namun
Aku bersyukur kerana As-Sobru mengurniakan aku ketabahan
Mendepani ujianNya dengan redha di hati
Ketenangan zikrullah
Bersama kasihnya Ar Rahim padaku
Alhamdulillah

suntingan1240pm25mei2010

Di manakah kita sebenarnya ?

Haruskah kau mencari bahagia
sedangkan bahagia itu ada di hati
haruskah kau mengejar cinta
sedangkan cinta Ar Rahim itu dekat
namun itulah sering dicari

Yang jauh itulah masa yang berlalu
tidak akan kembali walau sesaatpun
yang dekat itulah kematian
bagai bayang-bayang
tapi kenyataannya tetap berlaku

Gambaran kepala dihempap batu
itulah dosa bagi mukmin yang bertaqwa
namun
ia bagai menepis lalat ringan
yang singgah di hidungmu
andai kau munafik pendusta agama

Siapakah dirimu yang sebenar?
titian siratul mustaqim penentu beza
kira
kau jatuh ke dalam lurah jahanam bersama kekejaman dosamu ?
kau menjadi hambaNya yang mudah ke Firdausi ?
tak siapa tahu
melainkan Dia Maha Mengetahui

Muhasabahkan diri sebelum nyawa di kerongkong
tiada manusia tanpa salah dan silap
sesempurna Rasulullah kekasih Allah, juga ditazkirahkanNya

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu
Engkaulah Maha Pengampun
Dan Maha Mengasihi hamba-hambaMu yang lemah ini

Amin Ya Rabbal Al lamin

23 Mei 2010

Happy Birthday To You

Happy Birthday To You, Happy Birthday To You. Hadiahnya sebiji kek siap dengan llilin sebatang……………….tanpa disedari penjajahan fikiran sedang berlaku dalam budaya sambutan hari lahir masyarakat kita.

Seandainya kek yang cantik itu boleh diumpamakan sebagai keindahan bumi. Tertegaknya lilin adalah pegangan Islam. Cahaya lilin menjadi Hidayah Nur Iman, hadiah daripada Allah SWT untuk orang Mukmin.

Happy Brithday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You. Lilin ditiup untuk memadamkan api, lalu dicabut lilin tersebut daripada kek. Upacara permotongan kekpun bermula tanpa menyedari propaganda oleh orang kafir bagi menghapuskan Islam di bumi. Hakikatnya budaya ini semakin menjadi ikutan masyarakat Islam tanpa menyedari kita sedang dijajah.

Semakin panjang usia kita, adakah amalan kita cukup untuk bekalan bertemu Allah SWT? Bersyukurlah kerana Allah SWT masih memberikan iman, nyawa, harta, ilmu dan kesempatan masa untuk kita menambah amalan ketaqwaan kepadaNya. Gantikan budaya sambutan Happy Brithday To You ini dengan kenduri kesyukuran kerana kita masih diberi nyawa untuk terus hidup dan beribadah kepada Allah SWT. Entah bila kita akan kembali kepadaNya. Mungkin hari ini, esok, lusa ataupun sesaat lagi.

Nikmati kehidupan hari ini dengan keceriaan senyuman, ketenangan zikrullah, dan akhiri ia dengan memohon keampunan Allah SWT serta memaafkan semua. Itulah kunci kebahagiaan saya sekarang, insya Allah semoga ia kekal sehingga ke akhir hayat.

Hadiah terbaik untuk seorang insan adalah buku, kenapa? Kerana ayat Al qur’an pertama diturunkan adalah Iqra’ (Bacalah). Saya suka membaca dan menulis.

Wallahu’alam.

20 Mei 2010

SWOT

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bertemu lagi hari ini. Hari ini agak sibuk kerana sambutan Hari Jururawat peringkat Kolej Kejururawatan Ipoh.

Kekuatan, kelemahan, halangan atau peluang?

1) Fun

2) Food

3) Fashion

4) Film

5) Fantasy

6) Futuristic

7) Family

8) Friend

9) Flexibel &...........................ada lagi, insya Allah.

Nak tahu apa ini? Jawapannya boleh difikir-fikirkan, dibincang serta diusahakan bersama-sama untuk pembangunan umat Islam seluruhnya, insya Allah. Berfikir seminit tentang ilmu itu lebih banyak pahalanya daripada solat sunat seribu rakaat.

Semoga Islam kembali gah di bumi nyata, insya Allah. Doa dan usahakan. Insya Allah, Allah SWT pasti membantu.

Wallahu'alam. I Love Islam. Hope That Islam Is My Life In World And Here After, Insya Allah.

19 Mei 2010

IQ lembap.... bijak sebenarnya tu, cuma kita tak tahu menilai ke arah mana mereka nak pergi.....

Assalamualaikum
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membaca dan menulis lagi pada hari ini. Itu nikmat yang allah SWT anugerahkan kepada saya, nikmat yang tidak ternilai harganya, Alhamdulillah. Hari ini saya membaca sisipan akhbar Utusan Malaysia, Mega. Isu Mode, dengan tajuk "Bagaimana nasib anak-anak lembap?"

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman sewaktu sekolah rendah. Yalahkan, sekolah dengan budak-budak biasa, mesti ada cerita punyalah.

Pada awalnya saya ditempatkan ke kelas biasa, kelas nombor 2. tapi disebabkan dalam kelas saya lambat menulis, cikgu telah menempatkan saya ke kelas permulihan pembacaan, pernulisan dan pembelajaran. Kelas untuk pelajar lembap IQ.. Nak tahu berapa hari saya duduk kat kelas tersebut? Tak sampai seminggupun,. Dah kembali ke kelas biasa.

Apabila dikenang kembali, memang kelakar. Cikgu yang ajar kelas tersebut bernama Cikgu Rokiah, semoga Allah SWT merahmati beliau dengan Rahmatullah, insya Allah,.

Mesej daripada cerita ini ialah tidak semua OKU Bermasalah Pembelajaran itu IQnya rendah. Kadang-kadang Allah SWT berikan kepada kami IQ yang setaraf dan mungkin lebih tinggi daripada manusia normal. Alhamduiulillah. Walaupun saya ni OKU yang bermasalah pembelajaran, tapi saya tidak menjadikan itu sebagai masalah. Ia adalah cabaran kehidupan kerana Allah SWT tidak memandang kesempuranaan fizikal tetapi Allah SWT memandang keimanan seseorang.

Buat sesiapa yang dikurniakan anak bermasalah pembelajaran, itulah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai bagi anda. Jaga mereka dengan sebaiknya, beri pendidikan kerana setiap anak sudah dijanjikan rezeki oleh Allah SWT. Seperti diri saya sendiri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezekiNya kepada saya. Hanya saya seorang penjawat awam di antara kami 5 orang adik-beradik. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan nikmatNya.

Walaubagaimanapun, saya tetap merasakan anak-anak yang bermasalah pembelajaran IQ rendah ini memerlukan kesabaran, perhatian dan kasih sayang daripada semua lapisan masyarakat. Sokongan padu, usaha dan doa daripada mak, abah, keluarga, sahabat, guru-guru, umat Islam dan seluruh dunia amat membantu kami untuk berjaya, insya Allah.

Wallahu’alam.

Wassalam.

Putih itu bersih

Hmmmm, nampaknya saya lebih suka blog warna putih. Saya cuba tambah grafik, dah tak berseni tangan yang membuatnya ini. Dah lama tak buat kerja multimedia dan grafik komputer, dah 10 tahun. Hehe, inilah jadinya. Kesukaran upload gambar satu lagi, lambat. Booo. Tapi takperlah yang penting pengisian ilmu. Nabi Muhammad SAW suka pakai warna putih, Apa????? tak tahu?nak tau jawapan. Tanyalah Ustaz. Betul tak, Ustaz?

17 Mei 2010

Seteguh Helang

Hujan yang turun begitu lebat ketika ini membuatkan saya teringatkan satu kisah yang memotivasikan saya. Kisah seekor helang.

Burung-burung lain akan terbang kembali ke daratan seandainya hujan begitu lebat ditambah kilat bersabung memancar dan guruh berdentum. Bukankah begitu selalunya?

Tapi seringkali dilihat helang akan terus terbang meredah hujan tanpa mempedulikan kebasahan kerana matlamat yang penting untuk mencari rezeki, memberi suapan makanan kepada anak-anak. Naik ke langit melepasi awan yang paling tinggi. Terbang jauh mencari sinar mentari dengan harapan menemui kecerahan, di mana letaknya sumber rezeki yang Allah SWT telah sediakan untuk setiap makhlukNya.

Begitulah kehidupan kita, walau apa juga ujian dan cabaran yang Allah SWT berikan, kita wajib mengekalkan matlamat kehidupan untuk Allah SWT kerana Allah SWT telah menjanjikan kebahagiaan kepada setiap orang yang beriman kepadaNya.

Wallahhu'alam. I Love Islam.

16 Mei 2010

Cinta Ilmu Allah

Saya menulis kerana saya suka menulis dan kecintaan kepada ilmu Allah SWT, sejauh pendakwah Islam berasal dari negara Arab, berdagang ke Acheh dan Tanah Melayu menyebarkan Islam.
Saya mempunyai salasilah keturunan Acheh, Bugis dan Arab sebelah Abah. Alhamdulillah, sehingga sekarang keluarga kami di Indonesia masih berhubung. Mungkin perkahwinan pada zaman lampau dengan pedagang Arab ini telah melahirkan saya sebagai seorang Islam, Alhamdulillah jika begitu. Semoga saya kekal sebagai Islam sehingga ke akhir hayat, Insya Allah.

Frust...............

Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka , jika aku tidak Engkau hindarkan tipu daya mereka , nescaya aku akan cenderung untuk ( memenuhi keinginan mereka ) dan tentulah aku termasuk orang yang bodoh.
Surah Yusuf : 33
(Kalau nak baca ayat Al Qurr’an sebagai doa, dibaca daripada Robbi aampai habis ayat tersebut)
Doa minta Allah memelihara hati dan perasaan ketika mengalami kesedihan ataupun kekecewaan. ( nak senang..... doa ketika putus cinta lah ni...hehehe ) walaupun hati kita sedih, Allah bantu , memberi kekuatan dan ketenangan. Insya Allah. Alhamdulillah, Allah membantu saya.
Doa minta Allah jauhkan kita daripada godaan nafsu, syaitan, dan kejahatan manusia

Allah Maha Memelihara

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Al Baqarah :137
Bacaan minta Allah pelihara ( kalau kita ada masalah dengan orang.....orang benci, marah, hina, kutuk, dengki dan sebagainya.)

Janji kita dapat kasih Allah, itulah kebesaran Ar Rahim Sifat Maha Pengasih hanya untuk orang-orang yang beriman.

Selamat Hari Guru 16 Mei

Assalamualaikum.

Selamat Hari Guru 16 Mei. Semoga berbahagia dengan Rahmatullah, insya Allah walau di mana juga anda berada.
Salam,
Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim

13 Mei 2010

Maaf tiada pengenalan. hehehe

Assalamualaikum.

Sememangnya blog saya tiada kata-kata aluan ataupun pengenalan kerana saya merasakan ia tidak penting. Yang penting bagi saya adalah perkongsian ilmu. Saya mempunyai hobi dan bakat sebagai penulis, Alhamdulillah.

Ditakdirkan Allah, saya tahu kelebihan tersebut secara kebetulan. Semasa sekolah menengah tingkatan 5 saya belajar di aliran sains tulen. Dalam pertandingan mendeklamasi sajak, cikgu saya suruh saya masuk.Terima kasih, cikgu.

Pada mulanya saya menolak sebab saya tak tahu nak tulis apa. Lagipun saya mempunyai masalah pertuturan yang agak teruk.

Tapi cikgu saya tak mengalah, dia siap beri tema bagi setiap perenggan.Semoga Allah memberkati beliau dengan kasih sayangNya, insya Allah.

Bila balik rumah, barulah idea datang, Alhamdulillah.

Saya masih ingat tajuk sajak tersebut, Epilog Keinsafan Seorang Musafir Jalanan.

Saya memenangi Anugerah Khas dalam pertandingan tersebut, Alhamdulillah sebab sekolah saya hanya saya seorang sahaja pelajar kurang upaya. "special gift". Saya belajar di sekolah biasa, duduk di asrama. Cabaran.....Fuhhh, tak usah cakaplah, macam-macam.

Kalau saya belajar di sekolah khas, belum tentu saya boleh bergaul dengan orang biasa, Alhamdulillah. saya bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada saya, mak dan abah yang berpandangan jauh, Alhamdulilllah.

Pembukaan blog inipun, ada hamba Allah yang suruh saya tulis.Seolah-olah, kena cabarlah. hehehehe

Sekarang ni, mak saya suruh saya bukukan kisah hidup saya. Allah, beratnya tanggungjawab tersebut. Saya masih belum mampu melaksanakannya. Innalillahhiwainnahirojiun.Ya Allah, bantulah hambaMu ini. kurniakanlah hidayahMu dan kekuatan.
Walauapapun , saya sayangkan mak, abah, keluarga, guru, sahabat dan seluruh umat Islam. Semoga Allah memberikan kepada saya hidayahNya untuk terus belajar dan menulis, insya Allah. Sesungguhnya ilmu Allah ini terlalu luas.

Wallahhua'lam.

I Love Islam

I Love Allah

Hakikat sebenar di tangan. Tak percaya?

Lihat tapak tangan. Sebelah ada 18, yang sebelah lagi ada 81. Nombor Arab.

18 + 81 = 99 , Asma ul husna ada berapa? 99.

99 Nama Allah Yang Maha Agung.

Subhanallah.

12 Mei 2010

Tiada apapun.......hanya perkongsian ilmu

Ya Allah, seandainya......ini baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pertemukanlah dan kekalkanlah jodoh antara kami di dunia dan akhirat dengan kelembutan kasih sayangMu sehingga ke akhir hayat kami.

Tapi ya Allah, seandainya dia tidak baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pisahkanlah kami dalam persahabatan dan persaudaraan Islam dengan ketenangan.

Inii rahsia di sebalik senyuman, biarpun hati dilukai tapi Allah tetap membantu hambaNya. Alhamdulillah.

11 Mei 2010

Selamat Hari Jururawat 12 Mei 2010

Assalamualaikum

Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat di seluruh dunia. 12 Mei 2010

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Biarkan semalam berlalu dengan kenangan, lalui hari ini dengan kecemerlangan kerana esok belum pasti milik kita. Semoga hari anda ceria, insya Allah.

Salam Sayang,

Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim
Pembantu Tadbir N17
Kolej Kejururawatan Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

dapat baby baru

dapat baby baru pompuuan lagi hah, Alhamdulillah

10 Mei 2010

lorrrrr

dah hampir 1 tahun hani menjanda, Alhamdulillah, ok.

lorrr

ramai orang terkejut bila hani cakap macam tu sebab muka macam budak baru lepas sekolah. hehehe.

ok sajapun, itu ketenangan Allah beri kepada Hani, Alhamdulillah.